Sumbangan Tabung Khairat Kematian

RM 1.00

Islam menuntut umatnya dalam perkara kebaikan dan kebajikan bagi meringankan beban saudaranya yang lain ketika ditimpa musibah. Sebagai contoh, Nabi SAW telah meminta para sahabatnya untuk menyediakan makanan kepada ahli keluarga Ja’far atas kematiannya. Hal ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Jaafar, Nabi SAW sabdanya:

اصْنَعُوا لآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا فَإِنَّهُ قَدْ أَتَاهُمْ أَمْرٌ شَغَلَهُمْ

Maksudnya: Sediakan makanan untuk ahli keluarga Ja’far. Sesungguhnya mereka telah ditimpa sesuatu (musibah kematian) yang menyibuk (meresahkan) diri mereka.

Riwayat Abu Daud (3132)

Sehubungan dengan itu, masyarakat Malaysia terkenal dengan sifat pemurah dalam membantu terutamanya jika melibatkan musibah kematian. Budaya ini dapat dilihat menerusi amalan memberi sumbangan kepada ahli keluarga si mati. Demikian juga institusi-institusi seperti masjid, badan kerajaan atau NGO yang menyediakan tabung khairat kematian bagi tujuan menjaga kebajikan ahli untuk meringankan pengurusan berkaitan kematian.